Saturday, August 24, 2013

Salam

Raya 2013..
Ni la gambar yang aku memang malas nak tengok..
sahla badan makin montok.. cubby sana dan sini ..
rasa jalan macam badak sumbu.. wakakaka.. muka lak gebu macam belon..paling teruk kena buat baju lagi besar dari tahun lepas...
suami bising perut ko makin besar.. hu.. ni tak boleh jadi... tau tak badan dah naik 90 kg!!!
ko gila.. ko nak badan besar beratus ratus kg?
ni pesalpe? ajar adik aku buat diet atkin..puny arajin samapi di adah nampak kurus balik raya ari tu..aku je yg bertambah besar.. tak boleh..la mcm ni.. ni pasal kurus nak main main ke?
dah tobat ..buat balik diet.. jaga badan...
sohh cepat cepat.. aku cekik juga diri aku kangh!!!!!

Tuesday, March 20, 2012

sedar diri


saat saat aku menbaca catatannya aku termenung...
ya aku bukan gemuk teruk.. tapi aku dalam group gemuk. tau tak??
saat saat dia memanggil aku yg lepas mandi..
tengok sini ..katanya sambil menunjuk perut aku dan macam tayar kereta sport tu...
dan ini..katanya menunjuk paha aku yg besar gajah tu...
kurangkan sikit...
susah bila bersama.. berat dan besar..
emmm ...
aku cebikkan bibir..
aku tahu perit di tegur begitu..
pedas bila teringat dia dah cuba cuba cari pengganti diri..
memuji bentuk badan wanita lain..
sedih tau...
buruk benar ke aku ni?

lupakan?
no WAY...
Please find the way to be slim
baca blog orang berjaya..aku ajukan pada diri mgapa aku tak boleh? emmm...
i have tooo
i have too

pity me.. so many things ca't do..
i can't swim..
i can't over exercise
i mudah letih
cz..
i kurang platlet darah merah
badan i tak seimbang dgn masalah hearing
so bila i swim i naik dr kolam..i akan pening dan muntah muntah
tp i suka swim..
favorite... napa la macam nii?
i ambik ubat tak tentu pasal...
i pengsan..cz i cuba sedayu tinggi pun c't..
eishh apa nii
geram
but orng kata nak seribu daya ..
taknak seribu dalih
i need find a way
what ever,.. emd of june.. mesti turun!! 10 kg
must
must

Wednesday, January 4, 2012

nak ejek diri sendiri

agaknya macam ni la kita sekarang kengkawan!!!!
Kuruskan la badan sebelum hubby cari yang lawa..kurus dan berbentuk. tengok kita pun takde selera...

tangan yg menyuap makan ialah kita..
kita la putuskan apa kita nak makan.. salahnya kita..

Dua Ribu Dua Belas

Salam pagi semua....ermm samer sajer masalah Ima, ET dan Ila....minggu sebelum 90.75kg, minggu berikutnya selang seminggu 91.25kg...hish nie pun disebabkan bercuti di Perak....makan, jalan n tdo.....mak oiii nak senam pun tak sempat....tahun nie 2012 ni mesti nekad kena gaks diet sihat...Cuba kurangkan amik nasi lah....tak boleh nak Atkins sangat amik kabor dari roti putih...bila dah obes macam nie nak buat benda-benda mudah pun susah...korang paham-paham lah kan....kalau nak sembahyang nak duduk tahiat awal dan akhir pun susah...kalau g bilik air pun susah gak...hish camner nie....mesti kena diet gak walaupun bertahun-tahun...harap-harap tahun nie permulaan yabg baik bagi aku dan kawan-kawan.

Sebenarnya boleh buat..aku pernah cuba diet Atkins selama 2 minggu bolehturun sampai 3.7kg tau....tulah bila dah tau taktik..tu yang aku main-main jer nak diet....tapi kali nie mesti cuba jugak.....JOMMMM kawan-kawan teruskan usaha jgn sampai putus asa...sampai jumpa lagiiii.....

Monday, January 2, 2012

Kenapa susah untuk kuruskan badan?

Semua orang gemuk ingin memiliki badan kurus. tapi sebenarnya tabiat harian yng menjadikannya gemuk!
Siapa yang benar benar ingin kurus perlu UBAH SIKAP! kebiasaan yang menjadikan kita gemuk!

Makan makanan lebihan
Kebiasaan ibu ibu sayang nak buang makanan lebihan anak dan suami yang tak habis. sebab sayang nak buang maka kita pun makan.. tanpa kita sedari kita makan banyak!!ingat kita bukan tong sampah! untuk makan makanan lebihan yg tak di habiskan.. mungkin masak lebih sedikit atau pastikan mereka habuiskan makanan uti lebih baik.!

Tidak bersungguh
tahu telah langgar diet..tapi membiarkan. dan jika berat tidak turun, makan berputus asa dan tidak bersungguh dan meneruskan. kawan….. nak gemuk ambik masa 3 tahun.. takkan kurus 3 hari kot!

Melewatkan waktu makan
Kebiasaan kesibukan buat kita lewat makan. kononnya nak kurus tapi perut lapar! tahu tak? dengan makan lewat anda telah memberiatahu perut untuk makan lebih! waktu makan yang tidak teratur boleh membuat tubuh sukar untuk mengendalikan nafsu makan dan menjadikan tubuh mahu lebih banyak makan. Otak tidak memiliki tenaga dan akan mengirim maklumat untuk makan banyak.

letak makanan depan mata , makan walaupun tak lapar
Kalau anda tidak lapar tak perlu makan.. jangan letak makanan ringan depan mata anda dan anda akan mengambilnya tanpa anda sedari.Dan anda akan makan walaupun perut anda tidak lapar!

Makan dengan cepat
Makan cepat anda tak kenyang… dan akan makan makanan lain. jadi kunyah dan nikmati makanan anda. sabar dan perlahan

Sering mengambil makanan yang masin
Sodium yang terkandung dalam garam boleh membuatkan seseorang terus makan tanpa sedar buat anda makan lebih banyak. juga kurangkan ambil garam…

Makan sambil buat benda lain
makan sambil membaca, makan sambil buat keje , makan sambil main game dan makan sambil buat keje lain…. terutamanya kerja santai.. seperti menonton.. menjadikan anda mengumpul kalori tetapi tidak membakarnya,

Thursday, December 29, 2011

we have to decide..

Memandangkan berat badan aku naik berbanding minggu lepas.. dari 85.75 kg tup tupp ke 86.30... satu kilo tuuuu... aku tahu ni mesti pasal cuti... aku balik kampung dan belasah durian semahu hatiku.. tambah dengan makan masakan emak dan gerai makan adik aku yg baru kali pertama melawat kedai dia..
tapi ... malam tadi aku membelek belek badan ku..
adoi mak ooiii

tahu tak? aku rasa aku dah berjaya membuat tayar motosikal di sekeliling perut aku tanpa aku sedari...
bila aku duduk lemak lemak lebih tu.. membentuk tayar..hodoh betul!!!!
EMMM berdiri ambil tali ukr..ukur la pinggaang tu.
Memalukan..
45 dada
45 pinggang
44 pinggul
alamak ni memang ukuran tong ...
ni tak boleh jadi...
so tak tangguh lagii... ari ini aku start diet atkins..
sbb aku tahu dlm banyak diet aku boleh bertahan dengan atkins je..
sebab..

atkins membolehkan aku makan semua makanan yg aku suka.. dengan kuantiti yang aku suka.. Daging, ayam, ikan , minyak segalanya..
kecuali karbohidrat.. dan
hanya atkins yang bagi keputusan yg paling cepat dalam sejarah penurunan berat badan dan diet yg aku pernah cuba.
so, esok bermula diet menu aku yang pelik tapi benar tu akan bermula. serius
ok kengkawan..aku harap tayar motor ni boleh jadi tayat basikal.. dan seterusnya takde la tayar lagi sekeliling pinggang aku ni...
Kengkawan aku ITI dan Ila tgh tgengah bercuti.. hope tak cuti dr diet korang. aku harap next week timbang... akan turun .. sbb minggu ni dah naik. tahniah utk ITI..sbb berjaya turun..walaupun cuti. cayalah koo..satu kilo tu banyak tuuu...
harap harap lepas bulan JUn 2012 aku tgk ITI dah jd mcm KIM (gambar inspirasi tu).
ILa ko nasib sama cam aku juga... hrap minggu depan ko turun sama dgn aku....
hope hope...
AMINNN

Wednesday, December 28, 2011

Tenkieu

salam hi buat Ima dan Iti.....semoga aper yang kita hajatkan pada tahun depan akan tercapai jua...tq pada ima sebab create BLOG cantik ini buat kami semua...semoga semangat dan lebih semangat lagi .....
sangat-sangat tenkiue pada Ima sbb buat BLOG cantiks ne....akk suka lah..

 
Ila@Chillot..2012