Monday, January 2, 2012

Kenapa susah untuk kuruskan badan?

Semua orang gemuk ingin memiliki badan kurus. tapi sebenarnya tabiat harian yng menjadikannya gemuk!
Siapa yang benar benar ingin kurus perlu UBAH SIKAP! kebiasaan yang menjadikan kita gemuk!

Makan makanan lebihan
Kebiasaan ibu ibu sayang nak buang makanan lebihan anak dan suami yang tak habis. sebab sayang nak buang maka kita pun makan.. tanpa kita sedari kita makan banyak!!ingat kita bukan tong sampah! untuk makan makanan lebihan yg tak di habiskan.. mungkin masak lebih sedikit atau pastikan mereka habuiskan makanan uti lebih baik.!

Tidak bersungguh
tahu telah langgar diet..tapi membiarkan. dan jika berat tidak turun, makan berputus asa dan tidak bersungguh dan meneruskan. kawan….. nak gemuk ambik masa 3 tahun.. takkan kurus 3 hari kot!

Melewatkan waktu makan
Kebiasaan kesibukan buat kita lewat makan. kononnya nak kurus tapi perut lapar! tahu tak? dengan makan lewat anda telah memberiatahu perut untuk makan lebih! waktu makan yang tidak teratur boleh membuat tubuh sukar untuk mengendalikan nafsu makan dan menjadikan tubuh mahu lebih banyak makan. Otak tidak memiliki tenaga dan akan mengirim maklumat untuk makan banyak.

letak makanan depan mata , makan walaupun tak lapar
Kalau anda tidak lapar tak perlu makan.. jangan letak makanan ringan depan mata anda dan anda akan mengambilnya tanpa anda sedari.Dan anda akan makan walaupun perut anda tidak lapar!

Makan dengan cepat
Makan cepat anda tak kenyang… dan akan makan makanan lain. jadi kunyah dan nikmati makanan anda. sabar dan perlahan

Sering mengambil makanan yang masin
Sodium yang terkandung dalam garam boleh membuatkan seseorang terus makan tanpa sedar buat anda makan lebih banyak. juga kurangkan ambil garam…

Makan sambil buat benda lain
makan sambil membaca, makan sambil buat keje , makan sambil main game dan makan sambil buat keje lain…. terutamanya kerja santai.. seperti menonton.. menjadikan anda mengumpul kalori tetapi tidak membakarnya,

No comments:

Post a Comment