Thursday, December 29, 2011

we have to decide..

Memandangkan berat badan aku naik berbanding minggu lepas.. dari 85.75 kg tup tupp ke 86.30... satu kilo tuuuu... aku tahu ni mesti pasal cuti... aku balik kampung dan belasah durian semahu hatiku.. tambah dengan makan masakan emak dan gerai makan adik aku yg baru kali pertama melawat kedai dia..
tapi ... malam tadi aku membelek belek badan ku..
adoi mak ooiii

tahu tak? aku rasa aku dah berjaya membuat tayar motosikal di sekeliling perut aku tanpa aku sedari...
bila aku duduk lemak lemak lebih tu.. membentuk tayar..hodoh betul!!!!
EMMM berdiri ambil tali ukr..ukur la pinggaang tu.
Memalukan..
45 dada
45 pinggang
44 pinggul
alamak ni memang ukuran tong ...
ni tak boleh jadi...
so tak tangguh lagii... ari ini aku start diet atkins..
sbb aku tahu dlm banyak diet aku boleh bertahan dengan atkins je..
sebab..

atkins membolehkan aku makan semua makanan yg aku suka.. dengan kuantiti yang aku suka.. Daging, ayam, ikan , minyak segalanya..
kecuali karbohidrat.. dan
hanya atkins yang bagi keputusan yg paling cepat dalam sejarah penurunan berat badan dan diet yg aku pernah cuba.
so, esok bermula diet menu aku yang pelik tapi benar tu akan bermula. serius
ok kengkawan..aku harap tayar motor ni boleh jadi tayat basikal.. dan seterusnya takde la tayar lagi sekeliling pinggang aku ni...
Kengkawan aku ITI dan Ila tgh tgengah bercuti.. hope tak cuti dr diet korang. aku harap next week timbang... akan turun .. sbb minggu ni dah naik. tahniah utk ITI..sbb berjaya turun..walaupun cuti. cayalah koo..satu kilo tu banyak tuuu...
harap harap lepas bulan JUn 2012 aku tgk ITI dah jd mcm KIM (gambar inspirasi tu).
ILa ko nasib sama cam aku juga... hrap minggu depan ko turun sama dgn aku....
hope hope...
AMINNN

1 comment:

  1. frenszzz sempat gaks ko ukur pinggang yer...gud luck...

    ReplyDelete